Monday, August 31, 2009

D - I - Y

cuti hujung minggu kali ini telah aku penuhkan dengan sesi mengemas girls' room di rumah keramatku ini.. sesi yang memenatkan tapi amat memuaskan hati aku.. dah lama aku tak menatap kehitaman permukaan meja tulis.. terlalu penuh dengan 'mak nenek' dari abad ke berapa entah, disepuk ke atas meja tersebut oleh makhluk yang mana satu,aku tak pasti.. tapi yang sure, aku dapat tatap semula nama 1st crush aku yang telah aku ukir di atas meja tu.. di zaman kemaruk cinta monyet.. Howie D.. hahha..for those who know,shutup k..pls.. hehhe.. hasil dari sesi tersebut ialah seplastik besar sampah2 yang wajar dibuang, hidung yang merah dan berair dek amukan habuk2 bilik bertuah ini, beberapa keping coretan khas dan kepuasan hati yang menggunung pabila melihat kekemasannya.. tapi tak tau seberapa lama kekemasan ini dapat bertahan.. huhu.. makhluk2 itu sangat kejam.. percayalah!!

apa2pon, no need for details.. cuma aku mau berkongsi satu poem yang telah aku simpan sekian lama.. poem inilah yang aku maksudkan dengan coretan khas sebetar tadi.. rasanya aku cilok 'ia' dari buku2 yang telah aku baca,not sure which.. aku salin dalam a piece of paper that i bumped into while cleaning my dear ol' room.. i dunno why i kept it for so long, maybe the words are so plain and simple that it touches my heart.. so, here goes............

D-I-Y ( do it yourself)
There's a hole in the roof,
where the pain gets in,
When defences are down,
When there's no one around,

There's a crack in the wall,
that the memories seep through,
Though I try hard to fill,
All the gaps left by you,

As the winter draws near,
it's time to repair,
Fissures outside and in,
Holes, cracks, memories and pain,

Now that do-it-myself,
is the only way,
I'll repair and renew,
Then built fresh again.


Wednesday, August 26, 2009

..........................haih~~~

blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com
dunno what to say..
yang terluah dari mulut cuma..
aku letih..
sedey ah..
mau nanges pon ada..
tapi aku tamo jadi pompuan yang suka nanges..
haih~~~telan balik air mata nih..
blogger-emoticon.blogspot.com

Monday, August 24, 2009

Salam Ramadhan,.

penantian adalah satu penyiksaan..
blogger-emoticon.blogspot.com
aku setuju..di kala ini,itulah yang aku rasa.. kenapalah pokok tomato aku nih lambat sangat membesar? kenapa tidak direka baja yang gilek punya kuat supaya pertumbuhan mereka lebih lancar tanpa tersekat2? bukannya aku takde duet nak beli..duet aku banyak!! beratus ribu ni ha.. kalau baja sepeket setakat RM100 satu, aku buleh beli la.. haih~~ kebusananku dah berada di tahap bahaya..lambat tol la 'FarmVille' nih..sesapa, tulung reka baja untuk mereka..pls..

hmm.. sebenarnya aku tak de topik pon untuk entri kali ini..tapi disebabkan kebusanan tahap bola dragonball kelapan, maka terciptalah entri ini.. kepada sesiapa yang memang takde kije, sila teruskan membaca..hehhehe

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

sungguh laen sekali perasaan di bulan puasa ni..
dari tabiat dan aktiviti harian, hingga ke biological clock..
semuanya telah berubah..

PUASA:~

~~bangun awal untuk sahur..buleh je bangun, tanpa niat ekstreme untuk terus bergulung di dalam selimut..

~~rasa sikap penyabar lebih je..huahaha..riak gila..haih..bukan apa..sekarang ni aku lebih cenderung amik jalan senang dengan mendiamkan diri..kalo korang tebuk hati aku dengan straw, musti akan kedengaran bunyi tarzan yang saiko tengah menjerit..hahhaha..

~~sikap pendiam bermaharajalela.. memang amat pupus waktu2 di mana aku menjadi pendiam.. hahhaa.. amat pelik.. percayalah.. ada 2 kemungkinan hal ni berlaku: 1)aku tengah sibuk menjerit dalam ati.. 2) energy bar aku dah menunjukkan lampu kelip2 merah.. so,kepada kawan2ku, hargailah era keamanan ini kerna kompem, ia adalah bersifat sementara saja..

~~ter'alim' yang disengajakan.. kalau waktu yang biasa di rumah, muka aku secara sahnya takkan pernah dilihat di surau mahupun di masjid.. malas nak kuar umah.. cukuplah kalu sembahyang di rumah.. tapi sempena bulan yang mulia ini, aku lebih cenderung untuk menjengok surau yang cuma sepelaung je..demi Bunda tercinta yang ingin peneman untuk ke surau..best jugak kalo terawih ber'imam' nih, meriah..

hmmm.. itulah 'Hafizah di bulan puasa'..berbeza amat dengan 'Hafizah di bulan2 laen'.. ape2pon, kedatangan Ramadhan al-Mubarak amat dinanti2 setiap tahun tanpa jemu..

#kepada sesiapa yang telah habis membaca entri ini, sila tinggalkan komen..wajib..aku cuma mau servey tahap kerajinan korang membuat kerja di bulan posa ini..ngehehe..tingkiu..

blogger-emoticon.blogspot.com

Thursday, August 20, 2009

Kenapa memBLOGkan diri?

aku rasa aku dah lama menjebakkan diri dalam bidang blog ni..Cuma secara runcit je..meaning, aku adalah seorang penDIARI.. Bila dipikir2 balik, aku telah mula meneroka bidang ni sejak sekolah rendah dulu, darjah 3 kot.. But as I said earlier, cuma dalam diari.. Dan permulaan kerjaya aku sebagai pemBLOG di peringkat nasionalnya, baru awal taun ni.. dan untuk metamorfosis dari penDIARI ke pemBLOG, banyak jugak himpunan points untuk self-esteem yang diperlukan..

sebagai penDIARI, aku amat chuak kalo kalamku itu disentuh, apatah lagi dibaca, dibelek dan yang paling digeruni ialah dikomen..

tapi sebagai pemBLOG, segala komen amat aku hargai.. yang positif akan aku bingkaikan dan gantung di hati.. yang negative akan ditelan dan dicerna supaya perubahan lebih efektif..

blogger-emoticon.blogspot.com

bagi aku, peranan blog pada aku :

~~tempat untuk merapik.. in my blog, is my own directory..so,aku leh cite tentang apa yang aku suka wat n bila2 aku suka.. maka terhasilah rentetan ‘places I’ve been’ ngan ‘kaki wayang’..

~~tempat where I can be the real me..without jurisdiction.. sebab aku bebas nk wat apa yang aku suka,nak tulis apa yang aku suka..nak jiwang karat pon,orang tak leh wat2 muntah ijo.. sesapa yang tak suka, sila berambus dengan laju dari page aku..letih jugak bila orang judge kita based on 1st impression.. hmmm

~~tempat kumpul kawan2 yang hidup derang sama cool ngan aku.. yeah..that’s u..all of u..i really loike this place mostly because of its people.. sume sporting.. n yang aku sure, ikhlas dalam bagi komen pada aku.. lurve u guys..tengs a lot..


blogger-emoticon.blogspot.com

Well,that all that I can think about..the reason I’m blogging..nak forward tag nih kepada sesiapa yang telah membaca bingkisan kali ini (nad, yati, eamy, lol, zack, esteban, ijat, bijan)

Sunday, August 16, 2009

diari kaki wayang~3 sekali harung..huwahhh

menu hujung minggu ini:

1) GI Joe
2) Transformers (buat kali ke-2)

3) Precint 9


blogger-emoticon.blogspot.com

inilah yang berlaku kalo kakak kesayanganku datang melawat..al-maklumlah tempat beliau tak wujud tempat untuk ber'cinema'..jadi aku melayan aja sistem kemaruk+mengidam beliau..

hasilnya: 3 wayang telah ditonton..
untuk ulasan, sila rujuk komen dibawah------>


GI Joe
busan gilak..haih~~the action was cool but the storyline punah..plot cerita cam takde klimaks..mendatar semacam jek..even the hero got big massive problem..dah bersalah, tak reti2 nak mintak maap..untuk pemahaman yang lebih tentang apa yang perkatakan,sila tengok cerita tersebut..hmmm..but my sis cakap yang cerita tu standard la dengan cerita GI Joe kartoon yang masyuk sangat kami tengok waktu zaman ribena dulu..even the cartoon pon takde motif sangat..so,if u like the action,buleh la untuk ditengok..
dari 5 bintang, aku cuma bagi 2bintang..semata2 untuk action..

TRANSFORMERS 2
sudah dbuat komen dalam entri yang lepas..tapi still meluat dengan watak Si Lembik aka Sam..haih~~


DISTRICT 9
cerita yang pening sebab penggambaran dia sama cam cita 'Blair Witch Project'..dengan alien berbentuk belalang.. mujur bukan bentuk lipas..yuks.. gaya cerita cam dokumentari, new strategy..kudos on the approach..tapi still,storyline dia banyak yang pelik..cerita ni banyak menonjolkan tentang kegelojohan manusia dalam mengejar kuasa dan harta, hingga sanggup menganiaya kaum sendiri..in a way, i saw that the same situation also happen in Malaysia..about us and the 'aliens'..'aliens' yang dimaksudkan terbahagi kepada dua: pendatang yang telah berabad lamanya dan pendatang yang baru menjejakkan kaki ke tanah air ini..hmmm..entah la..
pepon,dari 5 bintang, aku buleh bagi 3 bintang sebab the storyline and the morals are better shown than the GI Joe..

Tuesday, August 11, 2009

move along

blogger-emoticon.blogspot.com
the past should remain there..
no need to bring it all up,
just because of a tragedy..

what matter now is that we should be ready..
ready to face our future..
ready to face our destiny..
ready to face the world..
ready to move along..
and ready to accept that 'whats done is done'..

but........
we can look back..
its our own history..
the events that makes us 'us'..
no need to be ashamed..
but don't ever turn back..
just continue our journey..
may everything that we hoped, be with us..
all the way through..
blogger-emoticon.blogspot.com

Wednesday, August 5, 2009

rahasia hati..

blogger-emoticon.blogspot.com
aku memang tak paham dengan hati lelaki..
apa yang dimaksudkan oleh kata2 mereka..
dan bila perlakuan mereka menunjukkan yang sebaliknya..
aku tak paham..

apa maksudnya bila 'dia' berkata aku mencuranginya?
sedangkan aku dan 'dia' hanya kawan?
'dia' sedia tau aku sudah berpunya..
dan aku sendiri mengaku 'ia' cuma retak menanti belah..
'dia' kata sanggup menanti aku..
tapi 'dia' enggan berikan aku masa..
apa maksudnya semua ini?

'dia' tak mahu ada apa2 kaitan dengan aku..
angkara marah dengan 'kecurangan' aku..
tapi, aku cuba memujuk..
"he's worth it..i shud try" kata hatiku
tapi berterusan dia menghilangkan diri..
aku dah cuba sedaya upaya..
maka aku biarkan 'dia' berlalu pergi..

setahun kemudian, 'dia' hadir semula..
dengan cerita yang entah apa motifnya..
'dia' dah bahagia dengan si gadis..
katanya "Thank God, aku hanya persinggahan dia"
terguris benar rasa ini..
betapa hina aku di matanya..

namun aku makin runsing..
hadirnya sekarang dengan ajakan..
mari keluar bersama..
'dia' nak belanja makan, jom..
tengok wayang nak?..
di mana letaknya si gadis pujaan hati tadi?
apa motifnya sekarang?

#tolong kawan,bantu aku dalam hal ini..aku buntu

Monday, August 3, 2009

too long....

menilai balik semua dah telah aku coretkan di laman ni, aku rasa kagum..
banyak betol yang telah aku simbah dalam page bertuah ini..
kekadang benda yang aku xbincangkan dengan makhluk di sekeliling, semua terluah di sini..
rasa selamat untuk bercerita di sini sebab nobody really knows me here..
in a way, i'm exploring the real 'me'..
blogger-emoticon.blogspot.com
hahhaha
.
.
.
.
and after reading my latest entri.............
waa, banyak gila yang aku tulis..
sori kengkawan pembaca blog..
semua latihan mata tersebut tidak aku sengajakan..
sila bagi kad merah pada aku..
aku terima..
blogger-emoticon.blogspot.com




blogger-emoticon.blogspot.com
lepas nih aku akan tulis pendek2 jek..
akan menggunakan teknik menulis rumusan dengan sepenuhnya..
terima kasih atas sokongan anda..
tepuk2..
blogger-emoticon.blogspot.com