Saturday, September 26, 2009

makhluk berkepala dua

setiap manusia dijadikan Tuhan dengan satu kepala..
kenapa satu dan bukan dua atau tiga??
bukan ke lagi banyak,lagi bagus??
tapi mungkin itu versi tamak..
dan akibatnya adalah jelas............
blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com
namun apa yang harus dilakukan bila kita terpaksa 'berkepala dua'?
'terpaksa' pabila bos kata "maka berkepala dualah anda."
dalam erti kata laen, yang lebih ringkas diuraikan sebagai ~ "buat kerja dengan si B baek2 k"
kalau enggan, badan letih..
kalau turutkan aja, otak letih..
jadi, apa mau buat???!!
mau berkepala dua kah, atau cukuplah dengan satu kepala??
blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com
kepalaku sudah sarat dengan idea yang ingin aku janakan..
kepala si B juga demikian..
masing2 sarat..
idea siapa yang harus diguna dan dijelmakan??
bolehkah guna teknik ayunan ini untuk 'satukan' kepala2 yang terbabit?
blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com
yang aku pasti,
tuan punya idea haruslah menjadi orang yang bertanggungjawab terhadap hasil yang terjelma..
maksudnya, sepatutnya, akulah tuan punya idea..
projek aku, so, mestilah idea aku..
kan??
sebab yang dimarah dan diperli oleh makhluk bergelar bos itu adalah aku..
tapi ke'dominan'an kepala lagi satu tu amat ekstreme..
teknik hati kering aku telah tumpas sepenuhnya saat terpaksa 'berkepala dua'..
blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com
adakah ini teknik terbaek untuk selesaikan maslah ini?
'makan' aja kepala lagi satu itu..
telan aja, xpayah susah2 kunyah..

Thursday, September 24, 2009

kisah cik itek dengan pak beruang

memperkenalkan, ini cik itek.. cik itek sangat suka berkebun.. pokok keladi, tulip, daisy, kekwa, tahi ayam, misai kucing, ghiangdot, semua cik itek tanam..kalo tiba musim bunga, memang best melawat cik itek..cam trip ke pesta bunga di Holland aja gayanya..

diakibatkan oleh sikap keramahan dan kemarahan cik itek, koleksi kawan2 cik itek pon banyak jugak. dan kisah kali ini tentang cik itek dan pak beruang.. pak beruang ni jenis yang pendiam..cik itek cakap seribu patah perkataan, yang dibalas pak beruang cuma setengah patah jek..' 'mulut banyak emas' katanya..tatkala cik itek tengah kembang lobang idung sebab dipuji kawan2 tentang keindahan bunga2 yang ditanamnya, pak beruang buat seposen jek..betapa lengainya hati pak beruang..kekadang di waktu lapang yang teramat2 sangat, cik itek terpikir 'pak beruang nih minat ape yek?pe yang ada dalam otak dia eh?misteri..misteri'. tetapi setelah buntu untuk mencari jawapannya, cik itek tertido..

tetapi kebuntuan itu tak bertahan lama..cuba kawan2 lihat gambar bawah ni.........

nampak tak? haaaa.... suatu hari, waktu cik itek tengah lenggang2 pulang petang, tetiba cik itek terperasan sesuatu yang ganjil..ada makhluk tengah tertonggek2 di dalam taman bunganya..pak beruang rupanya..dari gayanya cam tengah bersembang sorang2..haih..pelik sungguh.. pak beruang??bersembang sorang2?? memang amat pelik..cik itek pon menyapa pak beruang 'hoi pak beruang, nak jadik ricky martin ke?asek tertonggek je dari tadi..'. pak beruang yang tidak menyedari keberadaan cik itek menyekodengnya dari tadi amat terkezut..terus dicapainya sokkabar dan berpurak2 membacanya dengan kuat.. aksi kaver pak beruang yang ekstreme berjaya membuatkan cik itek senak seminggu..bijak sungguh pak beruang berlakon..pak beruang buat2 dek je kat cik itek..walopon hati meronta2 nak sakat pak beruang, tapi disebabkan malas nak tunggu jawapan sepatah dari pak beruang tu, so,cik itek pon blah je la..

tapi tanpa disangka, pisang berbuah kali kedua , dan ketiga, dan keempat.. kelibat pak beruang terus dapat diushar pada keesokkan harinya..dan sehari selepas itu..dan selepas itu..dan selepas itu..sungguh pelik perilakunya..pada hari ketujuh, cik itek nekad untuk menyekodeng lebeh dekat..cik itek nyuruk di celah2 bunga tulipnya, dan menunggu pak beruang datang.. apa yang disaksikan oleh cik itek amat mengejutkan.. pak beruang terbongkok2 menyelinap ke dalam kebun bunga cik itek, dan terus menuju ke kelompok bunga daisy cik itek.. sampai je ke destinasi, pak beruang duduk bersimpuh sambil tersenyum sipu..manis sekali..gayanya cam anak dara yang sedang dingorat encik arkitek berkereta bmw..(apakah significantnya semua itu,sila ungkai sendiri ya..) sungguh pelik..lalu tanpa segan silu, pak beruang berborak sakan dengan daisy itu..kekadang gaya cam pembaca berita, kekadang cam cik joyah kepo..siap dengan mulut muncung versi lazer lagik..cik itek maken bingung..sepanjang perkenalannya dengan pak beruang,tak pernah lagi nampak pak beruang cakap lebih dari lima patah perkataan dalam sehari..apakah yang terjadi pada pak beruang sebenarnya??cik itek pon kurang mengerti..apa yang patut cik itek buat?

keesokkan harinya, setelah penat bersengkang mata memikirkan jawapan yang sesuai, cik itek telah mencapai satu kata putus.. cik itek nak korek batas bunga daisy tu, letakkan dalam pasu besar, dan hadiahkan pada pak beruang.. tatkala pasu tu sampai ke tangan pak beruang, ati cik itek meletop2 cam mecun bola.. cik itek terkejut tengok gigi2 tajam pak beruang yang selama ni takde sape pon penah tengok..pak beruang tersenyum dengan amat lebar, sampe nampak sume gigi2 tu..ngeri..tapi suwit..hahha..buleh tak camtu?ngeri tapi sweet..pak beruang terus mengambil pasu tu dan berlalu pergi tanpa sepatah kata..

selepas dari proses penyerahan pasu tu, amat jarang dengar cite dari pak beruang..tapi, ada angin bertiup cakap pak beruang tengah heppi..agaknya pak beruang berchenta dengan daisy tu kot?hahhaha..pe pendapat korang?ps~~~cik itek mau sayap..sayap untuk terbang..kalo da berjaya jadi Cupid, dapat sayap tak?

Thursday, September 17, 2009

selamat hari raya

di kesempatan ini, aku mau ucapkan

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI

kepada : kawan2ku semua..
ucapan khas : aku ingin menyusun jari meminta ampun dan maaf andai tersalah kata, terkasar bahasa, tersalah laku. sesungguhnya aku serba kekurangan dan maseh dalam construction. semuga bergumbira di hari bahagia tersebut..jangan lupa poskan aku kueh raya ya..duet raya aku tak berkenan sangat tapi kalo ada sesiapa yang tetap nak bagi jugak,terpaksa la aku terima..(kalo la wujud makhluk sedemikian rupa, u r really one in a zillion)

thanks.. and Assalamualaikum..

Monday, September 14, 2009

lagu mana nak cerita ni?

dalam banyak2 lagu, lagu mana nak cerita tentang hidup?
blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com
haha..pening kan ayat aku tadi? kali ni aku tetiba rasa cam nak tulis tentang senarai lagu2 yang aku minat dan apa fungsi atau memori yang aku ada berkaitan dengan lagu tersebut..sebagai seorang peminat bunyi2an yang tegar, hidup aku nyatanya tak pernah berenggang dengan lagu.. dari kecik2 sampai la sekarang, inilah yang aku dapat 'list'kan..

i'll never break your heart - BSB
ini la love song yang paling romantika bagi aku.. sebagai kipas-susah-mati boyband tersebut,di sini aku tetap ingin nyatakan bahawasanya 'BACKSTREET BOYS ROCKS!!!'.

atas nama cinta - pretty ugly
ni dengan sesuka ati aku, aku telah tetapkan sebagai lagu tema untuk kesah perchentaan Mama ngan Abah..'atas nama cinta, terlahir aku melihat dunia'..

girlfriend - NSYNC
lagu nih naek waktu aku tengah keciwa dengan chenta monyet aku sebab dia kapel ngan kawan aku..aku bayang 'dia' tujukan lagu ni kat aku, kiranya cam melamar aku jadik awek dia ah..haha..gila punya saiko..

hand in my pocket - Alanis Morissette
bila dengar lagu ni, aku rasa cam syukur dengan segala yang aku ada dan just enjoy the time.. laid back and chill..

the boy does nothing - Alesha Dixon
huaaaaa..lagu ni amat seswai untuk aku tujukan kepada kaum lelaki di dalam hidup aku setakat ni..chorus lagu tu cam sebijik je luahan ati aku..hahaha..wish that 'my man' wont be in that group too..amiinnnn panjang2..

dont stop dancing - Creed
lagu ni ingatkan zaman aku sekolah menengah dulu..dengan walkman besar gabak,buleh je aku nyurok2 lam baju kurung sekolah aku,nak dengar waktu prep petang..memang tak penah kantoi sebab aku memang excellent dalam bab disguise nih..baju dulu2 kan baggy2..

Through with love - Destiny's Child
ini lagu untuk membina semangat untuk break dulu..haha..and mission accomplished..thank God..

separuh nafas - Dewa
aku teringat kawan U aku dulu.. 1st time dengar waktu si Eamy nih tengah goreng gitar.. from that day on, lagu ni sentiasa ada dalam list lagu aku..

rain on your parade - Duffy
bila dengar lagu nih, aku akan kalut cari handphone..ahahha..yup, this is my ringging tone for the time being..

wonderfull - Everclear
waktu aku maseh sekolah rendah, bila dengar lagu ni ja, aku rasa lebih gembira..i'm not the only one whose going through this..

you belong to me - Lifehouse
huwaaaa..suara in memang berjaya mencaerkan waktu pertama kali aku dengar..even sampai sekarang, hati aku maseh mencaer..

i need to wake up - Melissa etheridge
meremang bulu roma aku bila dengar lagu ni.. soundtrack from filem ' The Inconvinient Truth'.. the film itself is just amazing..Lets Green the Earth!!

tak tahan lagi - Melly Goeslow
aku panggil lagu ini 'lagu mau kencing'..haha..'tak tahan lagi, mau terkencing..' nyanyian aku..tetiap kali aku nyanyi, musti Nani marah sebab tu lagu chenta dia.. waktu matriks dulu..

the groove, uno, unintended, hypermusic, hysteria, darkshines, supermassive black hole - lagu2 muse yang aku paling suka.. berapa puluh juta kali dengar pon tak busan.. dulu waktu projek aku kat Feringghi dan kena travel gi sana tetiap pagi, aku akan pasang lagu2 ini dengan kuat dalam keta..bagi serapan semangat lebeh sket..

stop crying your heart out - oasis
lagu kuatkan semangat.. OST untuk cerita 'Butterfly Effect'..another great love story..

dealova - Once
aku tak buleh dengar lagu ni tanpa rasa loya di tekak..waktu kemuncak kepopularan lagu ni, kawan aku bagi satu videoklip kat aku.. videoklip bebudak KUSZA untuk lagu tu, hena gila..sampai sekarang aku rasa meremang bulu roma bila dengar lagu ni..melugai..

heartbreaker - william
ini lagu tema untuk sistem pembelajaran aku dengan Hint, my new sifoo..haha..(weh Hint, nih lagu kita bro..hahahah..)

Sunday, September 6, 2009

PJH1706

dah berapa hari asek mimpi benda yang sama..orang kata kalo mimpi asek berulang,ada maksudnya..cuma kita kena selam sendiri untuk tafsir..hmm..aku tak reti menyelam..terapung guna life-jacket reti ah..guana nih?buleh sesiapa tafsir untuk aku?

mimpinya: aku ada kereta baru dan teramat amatlah sayang pada beliau..pe maksudnya?

haha..tak perlu diungkai maksud mimpi itu..aku dah tau sebabnya..saja je nak wat kuiz tadi..

sebenarnya aku tengah sakit jantung tetiap kali berada di jalan raya.. no terbaru untuk plet kenderaan di jalanraya ialah PJH..ya..sudah sampai PJH.. aku ingat dalam setaun lagi baru keluar, tapi disebabkan tak wujud PI*, maka, PJ* la terpaksa menonjolkan diri.. (dulu ternanti2 la jugak,sape la yang sanggup nak PIG sebagai kereta..melaenkan kaum itu).. huwaaaaaa.. mane sempat nak kumpul duet!!!! kempunan aku mau kereta dengan plet PJH1706..peluang sekali seumur hidup tu..setiap kali nampak kereta baru di jalan,aku rasa cam mau menjerit sorang2..

kalo aku beli je no tu dulu n hold on selama 2taun,buleh ke?

ato ada sesiapa yang nak beli kenderaan dalam masa terdekat? buleh tak belikan dulu no nih, so det i know where it went..karang bila aku mo beli kkereta baru,kita tukar ye nombor dia..ada?