Tuesday, December 22, 2009

Life : Babysteps..one by one (part 2)

Ini sambungan untuk siri Babysteps (siri untuk aku catatkan semua kenangan pertama kali aku).. Siri ini akan aku tambah dari masa ke masa untuk keseronokan diri sendiri.. Kalo tetiba teringat nak boh apa2 pengalaman,aku bubuh terus ja..Dan kepada sesiapa yang berminat nak sumbangkan pengalaman korang,sila drop off ur comment here..Best jugak kalo dapat dengar tentang pengalaman korang..

1st named after
Aku bangga dengan 1st aku ni.. Cikgu kegemaran aku waktu sekolah rendah dulu amat garang (apa significantnya cerita ni bermula pasai sekolah pulak? Haha..just wait n read it to the end k..) Tiga taun dia ajaq aku, BM and Maths.. Punya la ketaq kalo xsempat wat homework dia.. Tapi dia tetap cikgu kegemaran aku.. n pada hari last lepas UPSR, dia suh aku jumpa dia kat bilik guru.. Aku paling xsuka suasana bilik guru yang tak best, creepy gila.. tapi disebabkan dah ada special request, aku gagahkan diri pi jugak.. Rupan2nya Cikgu nak mintak kebenaran.. ‘Fizah, Cikgu ingat nak letak nama awak untuk nama anak Cikgu yang ke-tiga ni..Buleh dak?’ dan jawapan aku yang memang tengah cuak dok dalam blik guru mestilah ‘Buleh,Cikgu’.. Dengan segera kuaq dari bilik creepy itu, dan menarik nafas sedalam dalam mungkin untuk buang rasa cuak akibat bahana melepak dalam bilik guru..A while after that baru perasaan terharu dan bangga berbunga2 dalam diri.. Baru sedaq apa yang Cikgu perkatakan..Terharu gilak.. Tapi sampai sekarang aku tak penah tengok Hafizah Jr tuh..Musti dia cun cam aku gak kan? Hahahhaha..Pasan ja..

1st lemas
Waktu musim2 cuti sekolah memang amat best kalo Abah wat trip untuk berkelah kat Lata Bayu..Tempat dia memang amat masyuk.. Ayaq deras semcam ditambah dengan sejuk gedinya..Mau biru mulut aku, jari pon sampai jadi kecut tapi tadak nak insaf..Dok sakan lagi berendam..Nak dijadikan cerita, mungkin waktu tuh terlalu excited, KakPipah (my only big sis) ajak men ketapi...Permainan ketapi di dalam air nih lebih kurang cam kat Sunway Lagoon la..Yang 2 orang naek pelampung dan masuk terowong gelap berpusing2 tu..Cuma atas sebab2 pengurangan kos, pelampung dan terowong gelap tidak diadakan di Lata Bayu..KakPipah kat depan, aku kat belakang..KakPipah kepit kaki aku (baru la nampak berengkai cam gerabak ketapi..) Tapi disebabkan Cik Dreba ketapi masih belum ada lessen yang sah dari Sunway Lagoon, jadi,kami terbabas ke kawasan yang airnya dalam dan deras..Aku terus hanyut dan seingat aku,aku xbergelut langsung untuk stay afloat..Cam redho je kalo tenggelam..Waktu kecik2 dulu korang penah tengok dak cita katun buatan M’sia kat TV2 pasai tikar buruk yang dibuang setelah lama digunakan..(‘Beginilah nasib hidupku yang malang..ketika aku baru,aku disayangi oleh tuanku..Bila sudah buruk,aku dibuang begitu saja’)..Kisah tu seangkatan dengan cita ‘Kura2 Ngan Arnab’ dan ‘Monyet Yang Degil’ (‘aku tak kira..aku nak jugak..aku nak jugak..’)..Eh, melalut pulak..Apa yang aku nak cakap ialah, aku punya keadaan waktu tu sama cam tikar buruk tuh..Terapung2 kat permukaan air sungai tuh..Tapi tak lama lepas pengapunagn aku tu, Abah datang selamatkan aku dan KakPipah..My Hero..heheh

1st meteor shower
Kejadian ni berlaku baru bulan lepas.. Dan aku maseh terbayang2 lagi kecantikan dan keterujaan aku bila nampak lintasan taik bintang tuh..Disebabkan amat pulun dan gigih untuk menyaksikan hujan meteor tuh,aku ajak la beberapa rakan sekerja untuk join aktiviti aku..Punya la usaha pi cari contact number ahli kelab astronomi USM ni..Nak join depa kat tempat Observatory depa..Dan kebetulan yang amat ‘baek’ ialah tempat Observatory depa ni ada kat Balik Pulau..Tahukah anda betapa angkernya kawasan tu untuk dilalui waktu memalam..Kalah jalan Grik..Dan penuh dengan cite angker yang tersendiri..Haip..mintak simpang la weh..Tapi mujurlah kawan aku gitau yang marka dia nak join sekali..(kawan aku itu perempuan op kos..aku nye kwn lelaki amat minimum..n marka dia tentulah lelaki, merangkap dreba kami ari tuh..hahahha..kembali gumbirak) Kol 1 pagi bertolak dr USM, sampai sana kol 2pagi..Langit tak berapa cerah..Tapi kejayaan ari tu ialah 11 bijik taik bintang berjaya dikesan..blip..blip..huahahah..Lenguh tengkok tak yah dok cita la..Rasa cam tengkok dah kena simen..Dan mata dok terkebil2 tahan ngantok..Waktu tuh asek dok terbayang nak amik batang mancis untuk tahan bagi mata tak tertutup..Hahahah..Tapi kejayaan itu still suwittttt..hehehhe..(Maseh teruja untuk tunggu meteor shower seterusnya)

idea untuk babysteps seterusnya masih dicari..hahhaa

5 comments:

nad capulet said...

wah. dapat tengok meteor shower..
kalo aku jadik hang aku dah ready siap2 buat wish list before pi tgk meteor shower.hihihi. Star Light Star bright,The first star I see tonight,I wish I may, I wish I might,
Have the wish I wish tonight. =p

p/s: ingat tak masa kita form 3 , cikgu raof bawak kita pi tengok buruj dengan bawak map of galaxy kat tengah2 padang sekolah ?

~~DucKneSs~~ said...

yup..tu la pendedahan plg best utk tgk scenery yg chantek wktu mlm..hahhaha..walopon chya asrama terang je wktu tuh,tapi,enjoy gilak..hahhaha

MagnusCaleb said...

my 1st meteor was time tingkatan 1 hari pertama masuk asrama malam tu tak boleh tidoq, temenung kat tingkap (tingkap oldskool) kepala kat luaq badan dalam kelambu, tak wish apa-apa pun cuma tenganga lima minit :)

myself said...

ohhh sangat cool ok dapat tgk komet...cool. erm, duck, bila nak buat first fall in love.tq.wahahaha

~~DucKneSs~~ said...

~magnus
aik..dok temenung teringat kat sapa tu?xtakot jumpa kak pon ka yang dok tenung luaq lewat2 tu?

~myself
cool kan?op kos la weh..hahhaha..xpe,len kali kalo ada news lagi,aku roger kt ko..bg sama cool ngan aku..hehhe..utk request itu,sila tunggu..tingkiu