Wednesday, March 31, 2010

binoculars for the future..

when i look back at what i've written in this page, i noticed most of them were boring..hahahha..so sorry guys for all the trouble..


now, let me enlighten u with few jokes that got their way in my lappy..


The rain makes all things beautiful.
The grass and flowers too.
If rain makes all things beautiful
Why doesn't it rain on you?


I wrote your name on sand it got washed.
I wrote your name in air, it was blown away.
then ~ I wrote your name on my heart
And I got a heart attack straight away






ps~ hahaha..lawak la kot ayat2 tu kan? kalo xlawak pon,sila la gelak sket..penat dah aku selongkaq lappy ni ha.. apa2pon, ini antara usaha untuk cheer up myself.. ganbatte ne..

Wednesday, March 24, 2010

The Gift of Pebbles as Heart

Tanggang..
.
.
.
Malin Kundang..
.
.
.

Persamaan yang amat banyak.. Cuma nama saja yang berbeza.. Namun kisahnya tidak berbeza.. Atas kecurangan pada kasih sayang yang telah diberikan Si Bunda, maka mereka bertukar menjadi batu.. Memang itu yang patut terjadi.. Melupakan jasa sebesar gunung yang telah Si Bunda lakukan.. Jika dihempapkan dengan batu dan ditinggalkan di tengah2 padang pasir, balasannya masih belum setimpal dengan dosa tersebut.. Maka, jadilah kamu manusia sumpahan..


Tapi bagaimana pula kisahnya jika yang sebaliknya terjadi.. Maksudku Batu yang disumpah menjadi manusia.. Anganku mungkin.. Tapi percayalah, wujud aja gerangan ini di kehidupan harian kita.. Bezanya cuma ke’batu’an mereka ini tidak terlihatkan dengan mata kita.. Teknik pemerhatian perlu ditingkatkan ke jurus yang maha tinggi untuk memangdang ke’batu’an mereka2 ini.. Ya! Mereka2.. Golongan ini banyak.. Dah beranak pinak gamaknya..


Kalau dulu, Cuma Tanggang di Malaysia.. Dan Malin Kundang di Indonesia.. Cuma dua, okey.. Tapi makhluk Batu ini wujudnya banyak.. Mungkin kerana ke’manusia’an mereka, mereka mempunyai kebolehan untuk multiply.. Dalam erti kata sainsnya, bercambah.. Belahan dedua mungkin.. Tak pun, biji benih bermekanisma letupan.. Hahahah.. Merapik sudah aku nih..


Baiklah.. Aku, sebagai salah seorang makhluk yang secara semulajadi mempunyai jurus penglihatan yang hebat, ingin mendedahkan tentang spesies janggal ini.. Mungkin setelah kamu membaca pemerhatian ini, baru kamu tersedar tentang keturunan kawan2 kamu di luar sana.. Di bawah adalah antara situasi yang dapat men’detect’kan Mereka2 ini..

Batu: Eh, tadi si minah ngan munah tu pesan suh tunggu..nak lunch sesame..(sambil mengunyah nasi berlauk ayam goreng, sayur kubis masak lemak dan sambal belacan).
Aku: Luhai. Awat tak gitau awai2.. Sat aku mesej depa..
Batu: (meneruskan suapan demi suapan, ralit menonton tv di depan mata)

............................................................................

Batu: Weh, lusa besday si munah..
Aku: Ya la no.. Aku bab nak ingat besday2 ni yang susah.. So, apa plan?
Aku: Nak beli apa ah untuk munah.. Dia minat apa?
Aku: Kek mo beli eh? Kita beli yang kecik ja okeh kot..
Aku: Esok aku banyak kija..Kalo nak beli pon memang xsempat.. On besday dia tu baru aku free..Kalo korang xsempat nak beli, leh la aku belikan..
Aku: Tapi, lebih elok rasanya kalo korang beli awai2.. Buleh kita nyanyi eppi besday kat dia,pastu trus bagi adiah..
Batu: (Dok maen komputer)

........................................................................................

Aku: Weh.. Perhatian semua.. Sudu kat sini untuk makan2 okeh.. Jangan campur sekali ngan sudu chemical.. Yang ni plak span untuk basuh2 chemical.. Jangan campur k..
Batu: (angguk2)
Esoknya………..
Aku: Weh, apesai sudu chemical banyak sangat ni? Haish, kan aku da cakap jangan campur.. Eh, awatnya mangkuk sup ni korang boh chemical?
Batu: (pandang aku kejap, pastu sambung men facebook)


Ha.. Itulah antara kes2 yang aku buleh kemukakan.. Namun yang pasti, tetiap kali besday sumbody, memang itulah kaedahnya.. Aku je yang ngeplan sorang2, jalankan sorang2..Batu hanya aktif pada nama saja.. Kekadang wktu hati nih tengah berkira, aku heret jugak Batu tu ikut aku cari barang.. hahha.. Waktu2 tu je la yang aku leh balas dendam kat diaorang.. Makhluk batu jugak amat malas nak berkemas.. Kekadang dibiarkan aja barang2 busuk dan mereput dengan sendirinya.. Aku salut Batu dengan kekebalan hidung mereka..


Dan aku sebagai Si Murai, akan berceloteh bila ada yang tak kena.. Bila nampak sesuatu untuk ditegur.. Napas ditarik panjang.. Mulut dinganga luas.. Dan siren berkuasa tinggi mula dibunyikan.. Tapi murai nih pon dah letih nak menegur.. Maka sekarang teknik pertahanan yang baru akan dilancarkan esok.. Skill ‘What I Want, I Just Do’..Kiranya dalam bahasa melayu lebih kurang bunyinya cenggini la ‘Ada Aku Kesah??!’.. Teknik ini akan melibatkan kelakuan aku tanpa mengira belas ehsan kepada Si Batu2 sekalian..

Semuga teknik ini akan berkesan.. Amiinn.. \(-.-)/

Friday, March 19, 2010

going through the hunted forest

haip..
haipp..
haippp..
haipppp..
haippppp..
haipppppp..



huish.. memang aura yang aku keluarkan sekarang ni amat busuk.. sila berada radius satu batu dari aku, okeh.. itu jika anda mau selamat hidup di dunia.. di akhirat, takdak sapa buleh jamin lagi.. so, sapa yang berani, sila mampir ke hadapan..


hoih..aku sendiri dah cuba untuk tutop idong ni, tapi still dapat detect aura tersebut.. chitt.. busuk sungguh aura kemalasan ni.. haih.. dan haih lagi.. (walopon kawan aku cakap tetiap kali kita mengeluh, perot kita akan boncet, aku still mengeluh tanpa henti.. mebi kata2 dia betol kan.. 'black belt' aku memang bertambah tebal..)


tapi aku dah dapat teori untuk menghalau kemalasan ini.. mau tahu? teori aku ----->



KEMALASAN AKAN HILANG BILA KITA PURA2 SIBUK BUAT KERJA


dan bila kita sibuk buat kerja, mana tau teori aku yang lagi satu ni buleh diguna pakai


INCIK MOOD AKAN DATANG MENJENGAH KITA HANYA BILA KITA TENGAH SIBUK MEMBUAT KERJA


incik mood bukan sejenis makhluk yang suka kacau kita waktu kita free.. dia makhluk jahat.. dia suka datang bila kita punya kepala dah full dengan benda2 yang bertalu2 perlu diselesaikan..



so, amacam kawan2ku yang sedang mencari KERAJINAN, SEMANGAT atau MOOD... adakah anda semua bersedia untuk menyahut cabaran baru?? jika ya, sila sibukkan hari anda.. hahahha

ps~lepas dapat teori yang kebabom pon aku masih gagal menangkap makhluk bernama incik mood..

Thursday, March 18, 2010

be strong, mie..

Pagi kelmarin aku dapat satu sms.. berita pemergian ayah temanku.. terkejut.. sedeh.. hati aku memohon kekuatan extra untuk disampaikan kepadanya.. semuga dia lebih kuat.. lebih tabah..


Bagiku, pemergian Beliau terlalu awal.. Temanku masih belum cukup kuat untuk memimpin keluarganya.. jika aku berada di tempatnya, aku akan kebuntuan.. amat amat kebuntuan.. tapi aku tau Temanku itu kuat.. aku tau dengan hatiku ini.. Temanku akan dapat melaluinya.. percayalah.. have faith on urself, dear..


Teman, walaupun kita jauh dan jarang berhubung.. aku tetap di sini..


Bersedia untuk menjadi bumbung di hujan dan panasmu..
Bersedia untuk menjadi telinga untuk bait2 mu..
Bersedia untuk ada di sisimu..

take care, Teman..

Tuesday, March 16, 2010

auto barua

.
.
.
.
aku: ma, cuba ma tengok tu.. ensem kan? i loike.. bi-em-bebeyew memang ensem.. yg 5-series punya mata mengancam tol..

mama: mana? o0o0o0o.. (sambil membaca plet keta tu) PJH 176.. Auto barua..

aku: aik??? auto bavaria la.. pa la ma nih.. chett..

mama: hahahhaha..(gelak jahat versi darth vader)

komen= mamaku memang saja jek wat slh baca..amat suka mencari peluang utk mencarut..hahaha..




~~~sekarang dalam usaha mencari kerajinan yang hilang..going to push through this..hwaiting!!~~~

Friday, March 12, 2010

RAINBOW, meh sini..

okeh..da beberapa entri yang baru ni asek merintih jek..

amat xcool okeh??!!

sudah!!

ai know ai'm strong..

mari usaha membangunkan diri!!

ganbatte!! chaiyyo2!! fighto oh!! usaha!!

mari geng "Quest For Rainbow"..kita cari semangat baru..mari kita cari pots of gold at the end of the rainbow..ayuh!!

Tuesday, March 9, 2010

Remember the time when it rains gold and diamonds

Hidup bagaikan roda..
sat2 kita dok atas, sat2 dok bawah..
‘Don’t take it for granted’ omputeh kata..
Jangan sebab guruh di langit, air tempayan dicurahkan..
Percayalah, apa yang kita ada dah cukup untuk kita..

Kekadang kita tak perasan dengan segala nikmat yang telah Dia berikan..
Kita asyik mengenang kekurangan kita..
Jarang pula berfikir tentang kelebihan kita..
Waktu terhantuk, baru nak mengadah..

Aku adalah antara makhluk itu..
Makhluk yang asyik mengenang kekurangan..
Bahagia mungkin bila dapat mencipta alasan untuk kemalasan sendiri..
Alasan untuk menyalahkan orang lain..

Tapi sekarang, aku telah terhantuk..
Bila kita di bawah, baru kita sedar himpunan rahmat dan rezekiNya..
Walaupun hanya sebesar hama, tapi ia sebenarnya rahmat Yang Kuasa..
Rahmat telah kita pandang enteng..

Sekarang, ‘hama’ itulah yang aku inginkan semula..
‘Hama’ itulah yang aku rasa dapat mengubah hidup ini..

Kekuatan……..
Bukan untuk menjadi Si Badang..
Tapi cukuplah cuma untuk menolong Bonda mengangkat barang..
Menolong kawan2 meringankan beban..
Menolong nenek tua mengutip barangan bawaanya..
Demi untuk melihat senyuman manis tanda terima kasih mereka..
Itu sudah cukup bermakna..

Kebolehan ini datang dan pergi..
Saat ia ada, aku rasa gembira..
Dapat membantu dengan senang hati..
Lincah saja aktivitiku..
Hati ceria berpelangi..

Saat ia tiada, aku resah..
Aku menjadi beban temanku..
Semua yang dilakukan, perlukan bantuan..
Aktiviti terbatas..
Hati suram ditindih gunung..

Sekarang aku lebih bersyukur..
Rupa rupanya ‘hama’2 itu amat penting..

Untuk bersedekah dengan senyum manis..
Bergelak ketawa bersama teman bila hati tercuit senda..
Untuk menikmati hidangan yang terhidang lazat..
Mengomel sehendaknya tentang kata hati..
Rahmat sebentuk mulut..

Untuk melihat keindahan ciptaanNya..
Mengelipkan mata dari masa ke masa, melegakan kerengsaannya..
Bagiku, mata ialah penghubung kepada jiwa..
Mata lebih berupaya menyuarakan peribadi kita lebih dari mulut..
Rahmat sepasang mata..

Semuga semua rahmatNya itu berjaya ku kecapi semula..
Amin..

Thursday, March 4, 2010

sila bunyikan trompet itu,incik kassim

Sekarang dalam mood untuk mengadu dalam blog..
Padan muka kat sapa2 yang terbaca entri ni..
Hahhaha..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Semangatku hilang..
Entah ke mana rajuknya..
Bersembunyi mungkin..
Ke tempat yang tiada kekalutan..

Telah ku cari, tapi tetap tak jumpa..
Sungguh pandai kau menghilangkan jejak..
Tidakkah Kau kasihani aku?
Tidakkah Kau rindui aku?
Tidakkah Kau perlukan aku?

Kewujudanmu di hari2 ku amat dinanti..
Denganmu, Sang Pelangi bisa muncul di celah ribut..
Denganmu, sakitku xterasa di tulang temulang ini..
Denganmu, aku mampu bangun dengan senyum di hati..

Aku kusut tanpamu..

*Sekarang ni, aku tak punya semangat.. makin difikir, makin menyesal dengan perjalanan ini.. kalaulah masa boleh diundur…………………………………………

Tuesday, March 2, 2010

falling raindrops of Venus

Siapa yang dapat tengok orang laen menangis tanpa rasa apa?
Siapa?
Cuba angkat tangan sikit..aku mau tengok siapa yang hati batu tu..

Dan seperti biasa, apa lagi yang dikaitkan dengan airmata? Ya! Tentulah Perempuan.. Kaum Hawa ini telah Dia ciptakan dengan senjata yang tiada tolok bandingnya..senjata yang amat berguna bila menghadapi sesuatu yang tidak menggembirakan..contohnya bila dimarah oleh bos sebab wat kerja lambat..hahhaha..itu adalah situasi rujukan untuk aku sahaja..sebab aku rasa anda2 semua tentulah lebih rajen dari aku..hahha..kompem..

Tapi, aku tak dapat nak guna kebolehan itu..amat2 tak reti..berapa puluh ribu kali, bila dimarah, mau aja aku meraung terus..tapi hati nih keras kot..ke ego? Aku punya hati dah start meraung,tapi muka aku still buat toya..aku malu nak nanges depan bos..kang dia kata aku manja, sensitip dll.. ya, aku mengaku aku manja..tp kalau dibandingkan dengan kawan2 aku, akulah yang paling brutel.. siap ada satu quote dari kawan aku


Sejak kawan ngan pjah nih, aku dah makin loqlaq,makin kasaq..dah tak ayu macam dulu..xsuka tau..


Reaksi aku: pe kes nak salahkan aku..ada aku paksa ko kangkang kaki waktu duduk? Aku suh ko makan xtutup mulut? Dok meraba orang? Cakap2 lucah ngan lelaki, pastu wat2 muka inesen? Tu semua bawaan ko sendiri, okeh?!! Aku sendiri xbuat semua2 tu.. dahtu nak salahkan aku pulak?!! Haipp..aku memang marah beno ngan budak sorang ni..

Berbalik pada topik awal tadi.. bos aku sendiri mengaku dia senang untuk marah aku sebab aku buleh terima makian dia..kawan2 yang laen semua pernah nangis depan bos..sebab tu bos dah xmarah depa..kalau sampai masa nak sound aku, dia ‘lazer beam’kan je aku depan opis mate semua..haih..ini amat xadil kan?

Kekadang aku rasa cam aku perlu je nanges depan bos,so det dia ringankan kerja aku..aku tengok kerja aku dah sampai tahap buruh kasar dah pun..yang kaum Adam pon dapat kerja yang agak simple, xpayah heavy-lifting cam aku..dua tahun kerja sini,aku dah berjaya develop back-pain yang xpernah hilang2..even nak bersin pon seksa..angkat barang apatah lagi..tabib2 yang aku jumpa semua kata ini adalah permanent..Cuma buleh makan ubat tahan sakit je..sedey weh..muda lagi, da stat sakit warga emas..

Bila aku pikir2 balik, aku memang susah nanges kot..bila dah besar nih, aku xpernah nanges depan Mama atau Abah..xpernah walau sekalipun..aku xtipu.. kakak aku, adik2 aku semua selalu je ngadu2 masalah derang dan nanges2.. bila aku intebiu kawan2 aku, derang pon cakap derang slalu ngadu2 sambil nanges2..kat parents derang la kan..haih, xkan ngan parents aku lak..itu sudah lebeh..haha..

Tapi bila tengok cerita apa2, cepat je merembes airmata nih..bayangkan, aku tengok cita Apocalypto tu, mata aku bengkak sebab nanges..Hills Have Eyes, Shawshank Redemption, The Green Mile..semua cerita itu membengkakkan mata aku..kalau tengok cita Hindustan lagi2 la cepat mata berair..kekadang tengok Grey’s Anatomy pon buleh nanges..bukan aku xde kelenjar airmata..ada weh..Cuma fungsi dia haru biru sikit kot..hmmm..pelik2..kes nih buleh dirujuk ke pakar mata ke?

*ini adalah satu lagi entri ketidak puasan hati aku terhadap Bos..cepat2 la siap pojek..aku mau beredar dr tempat ini..

Monday, March 1, 2010

Extraordinary cloud for extraspecial day

Huih..lama sungguh aku tak hapdet blog..sungguh malas nak tulih apa2..idea dah banyak berlegar2 dalam kepala,tapi untuk take-off,tak buleh sebab jari2 mulusku ini kemalasan.. :)

Tajuk kali ini ialah EXTRAORDINARY@ORDINARY??
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Waktu kecik2 dulu adalah antara zaman terbahagia kita..agaknya hampir semua orang akan bersetuju ngan kenyataan aku ni..betoi dak?

sebabnya hidup kita waktu tu amatlah careless dan gumbira..xyah dok kalot pikiaq pasai masalah2..

sekarang semua dah laen..semua benda kena pikiaq dulu sebelum buat..kalau dulu,kena marah, dan2 (sebutannya dandan, maksud=dengan segera,) kita teriak (nanges) kuat2..semua dah xjadi marah kat kita dan acara dah bertukar dari acara marah2 jadi acara pujuk2..hahhaha..aku pulak adalah antara budak yang amat peghongoih (sebutannya pe-gho-ngoih, maksud=cepat merajuk). Hahahha..ini adalah kelas bahasa kedah..

siap ada satu bukti lagi tentang sikap buruk aku tu..Abah sempat snap gambaq aku tengah perongoih..dok hentak2 kaki sampai terselak abih skirt seksi aku..hahhaha..malu gila bila tengok balik gambaq tuh..hahhaha

eh,sat..dah lari tajuk ni..la nih aku nak cita pasai kisah aku kecik2..bukan pasai betapa ‘baek’nya aku waktu tu..hahahha..meh sini aku stat cita laen..

ehem..ehem..

dulu, aku selalu ingat aku adalah budak yang normal tanpa ada apa2 kuasa..memang la kekadang teringin nak terbang dan buleh lawan2 cam superman n power rangers..tapi secara amnya,aku suka dengan kenormalan aku..femli normal,aku normal,basikal aku normal..tapi tetiba, perbualan aku dengan kawan aku ni telah menjentik pemikiran normal aku..katanya

semalam ayah aku pi kacau mak aku sapu sampah..pi cucuk pinggang mak aku..trus mak aku p libaih dia ngan penyapu tu..tergolek2 ayah aku dok gelak tengok mak aku melatah

hahahah..panjang betol kan ayat kawan aku tu..tapi ayat tu buat aku tersentak..aku xpenah tengok Abah pi kacau2 Mama aku..siyesly..xpernah..kalau Abah balik umah,Mama lari masuk bilik..berkurung..sepanjang aku sekolah rendah aku ingat itu adalah normal untuk semua orang..hahhaha..budak2 amat naïf kan?

Kalau nak mintak izin untuk apa2, jenuh dok panjat tangga sebab kena tanya dua2 belah pihak..sorang kat lam bilik,sorang kt depan tb..kalau nak tepon bagitau apa2 pasal asrama, kena tepon dua pihak jugak..kalu tepon satu pihak ja,maknanya pihak satu lagi tu akan merajuk..waktu asrama dulu,aku agak kerap dilihat dok bergayut..mana tak nya, orang laen cakap sekali ja utk wakil parents, aku kena ckp dua kali..kalau ada tape recorder waktu tu,senang aku..hahaha..

Aku buleh terima semua tu..memang aku dah sedia paham..dan aku okeh dengan semua itu..Cuma baru2 ni, satu kejadian telah menjentik balik hati aku..kejadiannya??

Abah, Mama dan aku dalam kereta..buat pertama kalinya setelah sekian lama, Mama volunteer dok depan, sebelah Abah..hahhaha..aku terus mesej kakak aku..hahha..dia gelak sakan..masing2 xpercaya.. tapi itu masih belum apa2 lagi..tetiba Mama ngan Abah bersembang dalam keta..aku terus senyum sampai telinga..aku mesej kakak aku,dia suh rakam apa yang Abah ngan Mama bualkan..bagi kami, itu adalah peristiwa yang amat pelik..hahahha..terukkan kami?hahhaha..

Mungkin ke’normal’an ini agak susah untuk diterima aku dan adik beradik..tapi itu adalah yang sepatutnya..hahhaa..bila usia dah besar baru perasan kami sebenarnya tak la berapa normal..dengan kata laen EXTRAORDINARY..hahah

~sebenarnya aku saja nak bagi alasan untuk kemalasan extraordinary aku..hahaha..boss, maafkan aku..