Monday, August 9, 2010

penangan kaki halimunan

dalam hidup, memang kita akan bertemu dengan ramai orang.. orang yang akan membuka mata kita.. orang yang akan menendang montot kita supaya kita boleh tersedar dan mula memandang ke kiri dan ke kanan.. kalo tendangan dia power, mungkin kita akan berupaya memandang ke bawah dan ke atas jugak..


waktu aku zaman u dulu, aku mengaku aku masih selamat dalam dunia aku yang kecik tu.. walopon aku dikategorikan sebagai seorang yang amik tau pasal dunia sekeliling, tapi bila dipikir balik, apa yang aku tau tu, aku cuma anggap sebagai fakta.. fakta yang tak akan relate dengan hidup aku.. fakta yang boleh senangkan hati aku bila tau pasal dunia sekeliling.. tapi bukan untuk mengajar aku erti hidup..


tapi sekarang ni, aku bagai disepak oleh kaki halimunan.. terimakasih wahai kaki halimunan.. sekarang aku boleh menoleh kiri dan kanan.. dah sedang bertatih melihat ke bawah dan ke atas..


dulu, rasanya seperti hidup ini panjang lagi.. banyak lagi masa untuk berubah.. sekarang, bila lihat ke kiri, sudah ramai kawan2 yang sakit pelbagai.. lihat ke kanan, ramai juga yang sudah beranak pinak.. dan aku? aku masih seperti budak2.. masih dalam permainan jengket2.. masih dengan congkak kayu.. masih dengan angan2 rumah dari coklat Cadbury perasa blackforest.. hahah..


sekarang aku di mana tanya kamu.. aku juga bertanya sedemikian pada diriku.. jawapan ikhlasku: aku di alam nyata, tapi kekadang mimpi rumah coklat itu datang di alam nyata juga.. selang seli.. mungkin ada hikmahnya di situ.. supaya aku lebih serius tapi masih bergumbira..


kepada kamu kamu yang inginkan a kick start.. sila bayar $1 kepada si budak ini.. 






YA RABB, hambamu yang hina ini memohon kepadaMu. Janganlah Kau tinggalkan kami tanpa cahayaMu, sesungguhnya mata dan hati kami masih buta. Tabahkanlah hati2 kami yang telah Kau uji semoga kami dapat berlari dengan lurus ke arahMu. Dan sihatkanlah kami seada yang mungkin supaya kami berupaya berubah menjadi pendamping golongan yang setia di sisiMu. aminnn

7 comments:

alif zai mim ra said...

aameen...

eh, tajuk entri kte same la perkataan awalnye. :P

eh jugak, awak suke cadbury blackforest?? gimme pai! :P

~~DucKneSs~~ said...

sama eh? masing2 tgh stress sbb byk kije nih..hahhaha


pai..pai..blackforest is the best..tp sekarang ada yg baru..try whittakers..tip top woooo..

alif zai mim ra said...

whittakers? sedap ke? white choc? kamu nih.. menggiurkan sungguh.. esok pose.. huhu

~~DucKneSs~~ said...

bukan..whittakers jenama dia..tp mostly coklat biasa la..almond, raisins&peanut, dark coklet..*uih..air liur meleleh..

tp kan, setiap gigitan coklet tu mmg sarat dgn almond ato rainsins..amat gumbira bila mkn..amat..

LifER said...

kaki jer halimunan?tamparan halimunan bleh x?huhuu.slmt bpuase!

tHe anIMateD bIJaN said...

kalau mahu tangan halimunan atau realiti, aku ada. free je aku boleh bagi. hehee~

~~DucKneSs~~ said...

~kak shade
tamparan wanita buleh aja..hahaha..
samat berposa jugak.. :)

~abg jambu
bagi tgn?free?mo..mo..mo wat sup tgn..hahhaah