Sunday, October 24, 2010

...

Aku mau berpujangga seperti Mr Bijan. Tapi nyata ayatnya jauh lebih indah. Mana mungkin aku ikut.

Aku juga mau berpuisi seperti Shuhada. Tapi itu pun umpama tahyul. Kata2 indah mana pernah ada padaku.

Mau bercerita comel. Z dan Daisy. Tapi aku? Comel? Pangkah besar.

Mau bercerita di sini. Guna bahasa sendiri. Rasa kasar benar. Bila baca terus saja dibuang. Itu bukan aku. Puitis itu bukan aku. Kasar itu bukan aku. Comel itu juga bukan aku. Mungkin kata2 ini perlu disimpan. Dalam hati. Ketat. Rapat. Biar aja ia berulat. Dan mereput dengan sendiri.



Aku mau cari kawan. Yang bukan kawan. Yang tak kenal aku. Yang tak perlu berpura2 kuat di depannya. Situ. Aku akan ceritakan semua. 

12 comments:

Shuhada Shah said...

Puisi,
bukanlah. Ianya satu ayat yang tak mampu aku pintalkan menjadi sebuah baris yang biasa.

Ah, kamu juga mampu.Ayuh larikan jari ke papan itu. Sebenarnya, bait ayat kamu ialah puisi agung ciptaan minda. Jangan dikesalkan.
Ayuh, mulakan agar aku boleh membaca
=)

~~DucKneSs~~ said...

=')

terharu dengan kamu..smpai ingus pon nk kuar..thanks babe

ZaliHazali said...

gua pun ingin berpuisi, indah bak mentari senja
dan gambar sillouhtte. eh.

Shuhada Shah said...

Menangis juga bagus
Sebagai terapi meluahkan
Satu langkah kecil yang baru
Hihi

Ah, usah berterima kasih,
kasih sayang dari kamu juga aku baru terima.

=)

~~DucKneSs~~ said...

mejisyen
komen kamu cam xberkaitan.sila re-do komen ye..hahha..

pssst~entri bru xde eh?

~~DucKneSs~~ said...

shu
eh?baru terima eh?lambat betol posmen hantarkan..aku dah lama kirim kasih syg tu..hmmmm..nway, thanks..lap yuh bebeh..

Alice Capulet said...

You are a good writer. Whenever you write, i can sense some emotions back there. Just keep on writing just the way you are. =). Cheers!

~~DucKneSs~~ said...

thanks naddu. u too..tapi dah lama xupdate..rindu kata2 kamu..

alif zai mim ra said...

be original. setuju dgn Shuhada. berpuisi itu kadang-kadang kerana tidak mampu memberi ayat yang straight-forward. ada simpang-siurnya. setiap orang ada caranya. ;)

~~DucKneSs~~ said...

superwoman

baek, saya akan teruskan dengan cara saya sendiri..heheh

tHe anIMateD bIJaN said...

ewah nama aku kluaq. huhu~


*muka merah*


ntah. skrang ni aku rasa dah tak boleh kuar ayat lg. haha~ padan muka =p

~~DucKneSs~~ said...

awatnya xleh kuaq ayat plak?habis ayat2 suma hang bubuh lam thesis eh?heheh