Thursday, January 20, 2011

Anuar Zain, jom kita kawen

Tengah dengar lagu Abg Anuar, mendayu2 je hati nih. Terus rasa cam nak ajak dia kawen. Buleh pulak camtu kan?

Bila layan lagu2 dia, memang secara otomatik perasaan mendayu aku kuar.

Pikir balik pasal hal2 dulu.

Lagi bertambah2 sayu jadinya.
(awat la gatai sangat dok feeling tetiba nih)

Anyway, let me pour my heart out here. Kalau rasa malas nak baca sampai ending, anda boleh skip aja. I don’t mind.



 Bila tengok keliling, Kamu2 sentiasa berdua. Walaupon ada antaranya ke’dua’an Kamu tak terzahir, tak nampak di mata, tapi, perasaan ‘berdua’ itu tenang kan? Kerana Kamu tahu, ia dah ada di tangan Kamu. Aku tahu perasaan itu. Semua ada cabaran masing2. Ya, itu juga aku tahu. Dan ada juga antara Kamu yang mempunyai lebih kebebasan. Memilih itu atau ini. Masih belum ditentukan. ‘Tunggu dan lihat’ kata Kamu. Aku iri dengan Kamu2. Aku tiada kebebasan itu, kerana di depan aku tiada itu mahupun ini.

Kamu, Kamu yang ‘berdua’, sedarkah Auranya amat kuat dalam hidup Kamu? Dulu, Kamu sentiasa bersiap ke mana saja. Tapi bila adanya aura itu, Kamu hanya bersiap bila berjumpa dengannya. Kamu paham maksud aku kan? Kamu paham juga maksudku bila aku katakan bila Aura itu ada, Kamu rasa cantik? Jangan marahkan aku. Aku pernah lalui zaman itu. Bila Dia itu membungakan kata manisnya dengan puji2an kepadamu. Bila Dia pilih Kamu berbanding calon lain di depan matanya. Kamu rasa cantik kan? Usahlah berdalih. Aku juga paham itu.

Fahamkah Kamu bila aku katakan aku kehilangan rasa cantik itu?

Aku tak menyesal aku tak berdua. Malah aku bersyukur. Dia memang bukan untukku. Dia tak layak untuk membimbingku. Jadi aku harus lebih kuat untuk membimbing diri sendiri.

Tapi bila aku kuat, aku risau tiada yang sanggup mencuba. Untuk aku cuba sendiri, aku tak akan berani. Oleh itu, aku tambahkan kubu itu dengan angan2 yang boleh kucapai sendiri. Di mana tiada kebergantungan untuk mana2 Dia.

Di situ, aku akan selamat. Pasti. 

8 comments:

Cik Benang said...

U ni umpama hitam-hitam si manggis.
di luar hitam, di dalam manis.

frankly speaking, I thought I know you, but it seems like I don't.

~~DucKneSs~~ said...

bak kata PohLeng, 'Pjah, i tot that u suka wana itam..u minat pink ke?cam xseswai je'..LOL

nape CB? laen sgt ke apa yg CB kenal?

daisy.allie said...

owh syang...
so deep gitu..
anyway, mungkin whatever we are going thru adalah agak sama kan kan kan...
mcm title ku itu hari..
"jodoh itu ketentuan ALLAH"

ada jodoh yg baek utk kite~

~~DucKneSs~~ said...

yup..praying for the best for both of us..

Cik Benang said...

Lainlah,kat luar u nampak mcm brutal n ganas, tetap rupanya seorang wanieta yang berjiwa lembut dan santun (mcm CB). *tetiber

(motif word verification SPAUSS, igt I dah menopos ke?)

~~DucKneSs~~ said...

hahhaha..ko sama je cam poleng..

Shuhada Shah said...

Sebut pasal Anuar Zain, someone pernah dedicate lagi Lelaki ini kat aku
Heahaha

~~DucKneSs~~ said...

ucecceceeeehhhh..cayalah..