Monday, February 21, 2011

Hati yang Berdegup




Kau kata semua dah reda.
Kau bisik yang semua dah lepas,
Tapi kenapa bila Jantung itu datang mengganggu,
Kau terkesan?
Kau pula yang berdegup laju.



Kau tahukah itu tugas si Jantung
Untuk mengganggu Kau?


Aku, si Empunya diri,
Mahu meminta maaf pada kau si Hati,
Aku juga masih tidak bersedia,
Aku dah usaha sehabis mungkin,
Aku jarakkan Jantung dari Hati,
Walaupun itu mustahil, kata si Buku biologi


Si Jantung sudah punya Hati yang lain,
Kau harus ingat itu,


Kalau ikut buku saintifik itu,
Hati sepatutnya ada 4 bahagian,
Tapi Aku mau Jantung yang perlukan cuma satu bahagian Hati.
Dan Aku mau Hati itu hanya jadi Kau sorang.
Mahukah Kau benda yang sama?


Ayuh, lari jauh dari Jantung itu.
Jika Jantung datang lagi,
Si Hati, kau harus buka langkah besar.
Selagi Kau masih lagi terkesan.



Wahai Jantung ku yang sebenar,
Segeralah datang mencariku.

6 comments:

Shuhada Shah said...

Nice

~~DucKneSs~~ said...

thanks..
*pujian dr kawan pujangga amat best!!

Shuhada Shah said...

Pujangga?
Hahaha
Tinggi sangat tu.
Kamu lagi bagus. =)

~~DucKneSs~~ said...

tipu..tipu..
(^_____^)

qirMumtaz said...

wAH sastera sungguh!
"Si Jantung sudah punya Hati yang lain,
Kau harus ingat itu,"

~~DucKneSs~~ said...

thanks
(^______________^)