Wednesday, April 23, 2014

Hibernasi Si Beruang


Tajuk hari ni macam dokumentari National Geographic pulak. Tapi sebenarnya aku nak cerita pasai masalah tidur aku. Ya. Tajuk itu merujuk pada aku. 


Selalu orang dok cerita pasai masalah nak tidur, sleep apnea, kurang tidur, takleh tidur bila berubah tempat. Itu umpama misteri alam buat aku. Tak dapat nak bayang weh. Meh sini nak bagi hangpa2 yang ada masalah tidur jeles dengan aku. Aku nak cerita masalah aku yang terlebih melampau-lampau tidur. Astagfirullahal'azim. Sama ada memang wujud sleeping gas dalam bilik aku ataupun bilik aku terlampau cozy sampai masuk ja, terus rasa nak baring. Bila dah baring, say 'Ship ahoy' je la. Speed boat gamaknya, laju je belayar tanpa sempadan.


Bukan nak riak atau apa. Cozy tang mana pun taktau la bilik aku tu. Bilik orang bujang ja weh. Hangpa bayang sendiri la. Basic furniture a.k.a. students' furniture ja. Mesti hangpa kata aku punya tilam tebai. Nope. Tilam aku cuma 2 helai toto yang dilipat, katil tak pernah wujud. Dah dekat 10 tahun dengan jenis 'tilam' yang sama. Bantal 2 biji, tu pon jarang guna. Selimut nipis di hujung kaki. Gaya Patrick Starfish. 


Secara jujurnya aku rasa skala aku ikut carta ni ialah 55.


So, untuk mengelak tidur, aku selalu duduk2 di ruang tamu. Sambil buat paperwork yang dah terlalu lama tertangguh. Bancuh nescafe sume bagai. Tapi, aisseyyy, tertinggal notes kat dalam handbag dalam bilik.  Masuk bilik, cari notes. Kebetulan, handbag sebelah tilam. Dah dapat pun notes tu, meh nak tengok2 dulu betol ke notes ni. Letak kepala atas tilam, badan atas lantai. Dan...... 



Terlelap weh. Syukur terjaga sebab dengar azan. Kalau tak, dihempap gajah la subuh aku. 

Ada petua hebat untuk halang diri dari tidur melebih2? Sila kongsi weh. Kritikal sangat dah aku ni.

6 comments:

gadisBunga™ said...

macam kurang energy..mungkin sebab tu cepat tertido.

aku penah kene penyakit ni. parah jugak. asyik ngantuk je. naik kete..sampai opis.. boleh tidur dalam kete. selalu jadi time tu.

lepas tu fikir2... mungkin badan perlu supplement untuk tambah energi. aku pun cari member jual shaklee sebab nak beli alfalfa. sebab dulu masa study memang makan alfalfa pun sebab rasa energetik walau selalu tak tidur malam.

and sampai sekarang pun masih berkesan. serasi kot. lepas seminggu amik badan tak lesu dan takde dah nak tido tido cemtu lagi.

why dont u give urself a try?

~~DucKneSs~~ said...

thanks GB for the tips. hurm, baru sebulan ambik alfalfa, tapi xtau pulak tu untuk bagi tenaga..hihi..InsyaALLAH akan amalkan.. ^___^

Cikgu Qib said...

err.. klu ak mmg syukur je tdo je lh.. asl jgn tbbas solat je.. hihi.. untung dr sapo2 yg x leh tdo

~~DucKneSs~~ said...

Selamat pagi Cikgu!!

kalau xde kije pending, memang tiptop la kan..tapi masalahnya disini adalah kije berjebah..xbergerak..huhu..

fatian athiea said...

sebelum tidur, niat la sesuatu. nak bangun awal kerana Allah

~~DucKneSs~~ said...

did that too..sometimes..sebab selalunya tertidur..bukan nak tidur pon..